Onani | Melancap |
Masturbasi adalah perbuatan yang bertujuan untuk merangsang anggota sulit si
pelaku sehingga datang inzal atau nikmat. Ia adalah perbuatan tidak bermoral
dan hanya memberi kesan yang buruk pada si pelaku. Artikel ini secara logik dan
ilmiah akan membincangkan teknik – teknik untuk mencegah anda dari berterusan
ketagih pada perbuatan ini.
Antara kesan – kesan
buruk yang boleh anda dapat dari ketagih melancap adalah:
1.
Cepat marah.
2.
Tidak ada keyakinan
diri.
3.
Tidak tegas dan kurang
fokus apabila melakukan sesuatu.
4.
Di sebabkan setiap kali
anda sering mengaku kalah pada tuntutan nafsu, dalam dunia sebenar, anda akan
jadi seorang yang mudah mengaku kalah.
5.
Sentiasa sakit – sakit
badan.
6.
Hidup dalam angan –
angan.
7.
Jauh dari Allah kerana
sentiasa mendengar hasutan syaitan.
8.
Tidak ada kemajuan dalam
hidup kerana khayal dalam dunia sendiri.
9.
Sentiasa menyendiri dari
orang ramai.
10.
Lemah dari segi mental
dan fizikal.
11.
Dan lain – lain lagi.
Kesan ketagih akibat
melancap ini sungguh teruk dan ia menjadikan anda seorang lemah dalam
masyarakat walaupun anda tidak mengambil dadah. Ini kerana ia menjadikan anda
seorang manusia yang tidak berproduktif sama seperti penagih dadah.
Punca ketagihan Melancap
Puncanya hanya satu
iaitu tidak mampu melawan gelora seks di dalam jiwa atau tidak mampu mengawal
nafsu seks. Semua manusia pasti ada keinginan untuk melakukan hubungan seks.
Namun, ia perlulah di lakukan dalam keadaan yang normal. Jika anda ketagih
melancap, anda sebenarnya bukan tidak mampu mengawal nafsu, tetapi anda memilih
untuk mengikut nafsu. Anda mengutamakan nafsu anda sendiri dari perkara penting
yang lain.
Anda perlu kawal dan
lakukan hubungan seks secara normal iaitu melakukannya dengan pasangan yang
anda kahwini. Sebab itu di dalam islam itu sendiri, jika anda mempunyai
keinginan seks dan anda rasa anda tidak mampu mengawalnya, anda perlu
berkahwin. Jika tidak mampu berkahwin, anda perlu berpuasa untuk mengekang diri
dari terpengaruh pada nafsu seks. Jika anda melancap, ia membawa kepada
keburukan. Jika anda melakukan seks ketika berkahwin, anda akan bahagia.
Berikut adalah tips-tips
untuk berhenti onani | melancap | masturbasi
Tip pertama : Berpuasa
Kita tahu ubat paling
mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah dengan berkahwin. Namun, bagi anda
yang tidak mampu berbuat demikian, puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah
menahan lapar dan minum sahaja tetapi adalah menahan nafsu. Ia boleh di lakukan
pada bila – bila masa yang anda mahu. Kalau boleh pada setiap masa.
Apabila berpuasa, kita
ada kuasa untuk memilih. Di sebabkan anda sering mengikut dan memilih nafsu
sebagai teman, nafsu akan sentiasa menguasai diri anda. Apabila berpuasa, nafsu
akan jadi lemah dan barulah anda ada kesedaran untuk memilih.
Puasa di siang hari
iaitu di lakukan ketika bulan ramadhan adalah latihan yang Allah tetapkan untuk
kita menahan nafsu dan wajib untuk kita buat setiap kali bulan ramadhan
menjelma.puasa melancap
Orang yang benar – benar
berpuasa di bulan Ramadhan akan menghiasi dirinya dengan ibadah – ibadah yang
banyak untuk memberi lebih penghayatan pada agama Islam dan mengakui tiada
tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Jika anda berpuasa untuk
raya, samalah juga anda ingkar pada perintah Allah untuk berpuasa keranaNya.
Ketika di bulan
Ramadhan, anda perlu berpuasa dengan menidakkan nafsu anda. Biarkan nafsu anda
menjadi lemah. Ketika hendak berbuka, makan sedikit sahaja. Begitu juga ketika
sahur, makan sekadar mengisi perut sahaja. Banyakkan beribadah sunat seperti
terawih, baca Al-Quran, zikir dan lain – lain yang anda selesa.
Apabila anda benar-benar
fokus berpuasa pada bulan Ramadhan, anda pasti ada kekuatan untuk melawan
segala godaan untuk sebelas bulan kemudian iaitu medan sebenar untuk menguji
keupayaan anda menahan nafsu.
Puasa yang sebenar
adalah keupayaan kita untuk menahan nafsu pada setiap masa iaitu 24 jam siang
dan malam. Puasa adalah jihad yang agung iaitu melawan diri sendiri. Jadi,
setiap kali anda rasa terangsang, anda katakan pada diri anda, anda tidak akan
melancap. Anda sabar dan berdoa pada Allah untuk hilangkan rasa tersebut.
Allah memberi manusia
akal untuk berfikir yang mana jahat dan yang mana baik. Apabila terangsang,
katakan tidak dan menahan. Seperti biasa, apabila anda katakana taknak, nafsu
akan memujuk anda dengan memberi godaan yang paling hebat. Fikiran anda akan di
penuhi dengan keinginan untuk memuaskan nafsu.
Apabila sampai ke tahap
ini, anda hentikan rangsangan tersebut. Jika rangsangan tersebut datang dari
komputer, tutup komputer. Anda berdiri dan berjalan mundar mandir, anda
istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain. Jika anda dapati nafsu
anda masih kuat menggoda anda, anda lemahkan dia dengan berpuasa dari makan dan
minum pada siang hari iaitu puasa sunat dan banyakkan ibadah sehingga anda
boleh kawal fikiran anda dari di kuasai nafsu.
Katakan tidak pada
aktiviti melancap. Berusaha untuk melawan dengan sepenuh hati melalui aktiviti
berpuasa. Nabi Muhammad sentiasa berpuasa siang dan malam. Baginda berpupaya
menahan nafsu. Baginda juga seorang yang tenang. Nafsu sangat susah untuk
dilawan. Ingat Allah, ingat Muhammad, anda pasti berjaya.
Tip kedua : Senaman
Selalunya mereka yang
kuat beronani atau ketagih onani adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan
mereka. Aktifkan diri anda dengan bersukan. Adakah anda seorang yang gemuk?
Kuruskan diri anda dengan bersukan. Tiada apa yang hendak di malukan jika kita
lakukan sesuatu itu untuk diri kita sendiri.
Apabila anda kerap
bersukan dan senaman, minda anda akan jadi cerdas dan badan anda akan jadi
cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk fokus pada sesuatu perkara. Minda yang
cergas boleh membantu anda untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.
Di gabungkan dengan tip
berpuasa, aktiviti senaman boleh membantu anda untuk lebih bersedia dan kuat
apabila di serang nafsu seks. Melalui senaman juga anda akan jadi lebih ceria
dan tenang mengharungi kehidupan.Senaman akan meletihkan anda dan anda tidak
akan berminat untuk beronani.
Tip ketiga : Seks bukan
segala – galanya
Kebanyakan mereka yang
ketagih melancap akan berterusan melakukannya sehingga mereka puas. Namun,
apabila mereka sudah datang inzal, nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula
sedar yang apa yang anda lakukan itu adalah salah. Ketika itulah anda akan rasa
menyesal.
Namun, anda perlu fikir
kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan
seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa
seks bukan kepentingan aku. Di tambah dengan dua tip di atas, anda akan lebih
kuat lagi untuk melawan nafsu.
Pindahkan tenaga yang
datang dari nafsu ke arah impian anda. Cuba kenal pasti impian anda. Setiap
kali anda di rangsang nafsu, anda lawan dengan berkata:
“Seks bukan keutamaan
aku, aku ada impian untuk di kejar.”
Selepas sahaja habis
berkata – kata, anda terus lakukan apa yang perlu untuk mengejar impian anda.
Tip keempat : Jangan
fikir seks sebelum tidur
Apa yang kita fikir
sebelum tidur adalah perkara yang paling kita mahu di dalam hidup kita. Anda
perlu ubah diri anda dari bahagian yang paling dalam sekali. Orang yang memuji
dan terkenang – kenang sifat Allah sebelum tidur, adalah orang – orang yang
beriman.tidur melancap
Anda bebas fikirkan apa
yang anda suka melainkan perkara yang melibatkan seks. Sebelum tidur, nafsu
akan jadi kuat. Ia akan cuba sedaya upaya untuk memesongkan fikiran anda. Jadi,
anda perlu tegas.
Fikiran sebelum tidur
adalah kuasa minda yang kuat. Jika anda fikirkan seks sebelum tidur, minda anda
akan sentiasa ke arah seks pada setiap masa. Jika anda fikirkan kekayaan, minda
anda akan mengajar anda untuk berusaha ke arah kekayaan.
Sebelum tidur, pastikan
anda kawal fikiran anda. Jika anda masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih
tidak mengalah sepenuhnya. Anda tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain.
Dengan menggabungkan ke-empat teknik termasuk tiga tip sebelum ini, anda mampu
melawan nafsu. Tumpaskan nafsu dari semua sudut termasuk dari bahagian paling
dalam.
Tip kelima : Jadikan
hidup anda ringkas.
Mengikut kajian, mereka
yang selalu melancap ini sebenarnya terlalu tertekan dengan kehidupan mereka.
Mereka terasa terbeban dan nafsu pula bijak mengambil alih fikiran mereka dan
mengatakan onani akan mengurangkan tekanan yang mereka hadapi.
Sekarang, anda tenang
dan cuba anda senaraikan di atas kertas kenapa anda tertekan. Senaraikan satu
persatu, jujur pada diri anda. Jika anda tidak tahu kenapa anda tertekan, anda
tulis apa yang anda hendak jadi.
Jadikan hidup anda
ringkas, buang segala tekanan. Jika anda tidak tahan dengar ibu anda berleter,
anda hanya perlu fikir ringkas. Ibu anda berleter, bukannya memukul anda. Anda
dengar sahaja dan fikir secara logik. Gembirakan hidup anda dan keluar dari kepompong
tekanan yang sebenarnya tiada.
Dunia yang anda sangka
penuh dengan tekanan adalah ciptaan nafsu anda semata – mata. Di tambah lagi
dengan hasutan syaitan, anda sering akan khayal dalam dunia tekanan yang tidak
wujud.
Semua manusia ada
tekanan hidup masing – masing. Namun, sebagai manusia yang di kurniakan akal
fikiran, anda perlulah bijak menggunakan akal yang di beri oleh Allah. Tugas
akal adalah berfikir. Apabila anda tekanan atau masalah, anda jangan tertekan
sebaliknya tenang untuk hadapinya.
Apabila anda di serang
perasaan marah, perasaan serabut dan perasaan ingin merangsang nafsu dengan
cara yang salah, anda tenang dan ambil air wuduk untuk memadamkan api yang di
nyalakan syaitan dan nafsu. Anda perlu tenang kerana Allah memang sentiasa ada
untuk anda.
Tip keenam : Beranikan
diri
Apabila anda ingin
melepaskan diri dari kancah nafsu yang tidak sihat, nafsu akan mula menakutkan
anda. Anda perlu berani dan jangan ragu – ragu dengan tindakan anda.
Percayalah, apabila anda hendak berpuasa iaitu tip pertama, anda pasti akan di
goda oleh nafsu untuk makan atau melakukan sesuatu yang boleh menaikkan
nafsu.mastrubasi
Antara teknik godaanya
adalah:
·
Cuba mewujudkan perasaan
rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
·
Cuba kelirukan diri anda
dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan
mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
·
Syaitan akan menaikkan
nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini
anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda
rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
·
Dan bermacam – macam
teknik godaan lagi.
Beranikan diri dan terus
bertahan.
Tip ketujuh : Tetapkan
matlamat.
Tetapkan matlamat untuk
berhenti melancap selama – lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan
berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang
kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3
bulan, gangguan pasti akan datang juga.
Apabila gangguan datang.
Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti melancap. Apabila anda kembali
melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan
menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat – cepat bertindak untuk hapuskan
api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.
- Cuba mewujudkan perasaan rugi dalam diri anda untuk tidak makan.
- Cuba kelirukan diri anda dengan perasaan lapar. Sedangkan kalau anda tidak makan pun, anda tidak akan mati. Ia menakutkan anda dengan perasaan lapar.
- Syaitan akan menaikkan nafsu dengan hasutan yang teratur terangsang dengan wanita. Padahal sebelum ini anda tidak pernah terangsang dengan wanita tersebut tetapi pada hari ini, anda rasa teringin. Jangan terpengaruh, beranikan diri menahan nafsu.
- Dan bermacam – macam teknik godaan lagi.
Beranikan diri dan terus bertahan.
Tip ketujuh : Tetapkan matlamat.
Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama – lamanya dan kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika anda terlalai dan melakukannya. Memang kadang – kadang kita alpa. Walaupun anda berjaya berhenti untuk 2 hingga 3 bulan, gangguan pasti akan datang juga.
Apabila gangguan datang. Anda kekal dengan rancangan anda untuk berhenti melancap. Apabila anda kembali melancap, ada satu api pada nafsu anda akan wujud. Api akan berterusan menyalakan nafsu seks anda. Jika anda terlanjur, cepat – cepat bertindak untuk hapuskan api tersebut. Saya cadangkan anda berpuasa.
Sedikit Video Penerangan Ust Azhar berkenaan Onani | Melancap | Masturbasi.



0 comments:
Poskan Komentar