KHASIAT MINUM SUSU
Dua gelas susu daripada rumusan susu yang disyorkan sudah
memadai dalam memenuhi keperluan minimum kalsium tubuh anda.
Ini sudah pasti perlu untuk mengelakkan kemerosotan jirim
tulang, satu proses yang tidak boleh diterbalikkan.
Dan melalui pengambilan kalsium yang perlu setiap hari
mengikut sukatan yang disyorkan, kekuatan tulang dapat dikekalkan sepenuhnya.
Tetapi bagaimana untuk memastikan pengambilan kalsium
daripada susu yang anda minum adalah memadai?
Golongan dewasa semuda 19 tahun disyorkan mengambil antara
1000 dan 1200 milligram kalsium setiap hari.
Beberapa jenama susu boleh membekalkan keperluan kalsium
yang secukupnya dengan meminum dua gelas susu itu setiap hari.
SUSU KALSIUM TINGGI
Produk susu Anlene baru-baru ini mengumumkan penemuan
klinikal yang penting iaitu susu ini dapat memulihkan kekuatan tulang dalam
tempoh empat minggu sahaja.
Penemuan terbaharu ini adalah hasil ujian klinikal yang
pertama seumpamanya dikendalikan oleh pakar-pakar tulang di rantau.
Pada hakikatnya, tulang manusia mula merosot seawal usia 30
tahun. Kadar kemerosotan mula melampaui kadar penjanaan semula di peringkat
ini.
Yang paling penting, untuk memastikan tulang yang lebih
kuat, setiap orang perlu mempunyai kombinasi tepat zat yang diperlukan tulang
pada tahap yang disyorkan.
Pengurus besar bagi Fonterra Brands (M) Sdn Bhd, John McKay,
juga berkongsi pandangan akan program seluruh negara Fonterra bagi warga
Malaysia; Pemeriksaan Kesihatan Tulang yang dijalankan di kawasan bandar dan
luar bandar. Fontera merupakan pengedar susu Anlene.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia
mengapa penting untuk mengekalkan kekuatan tulang.
"Kami telah memeriksa lebih 150,000 orang. Selepas
memeriksa mereka menerusi program pemeriksan ini di tempat-tempat awam,
majoriti responden didapati berada dalam zon oren, iaitu bacaan antara (-ve)-1
dan (-ve)-2, yang menunjukkan risiko sederhana bagi tulang rapuh dan bahaya
menghidap Osteoporosis," kata McKay lagi.
Zon hijau iaitu bacaan antara 2.00 dan -0.99 menunjukkan
risiko yang rendah, (-ve) -2.49 hingga (-ve) -1.0 menunjukkan risiko sederhana,
sementara kumpulan berisiko tinggi akan menyaksikan bacaan antara (+ve) +2.5
dan (+ve) +4.0.
Program pemeriksaan ini menggunakan mesin ultrasound.
Penulis ini juga mengambil peluang untuk menguji kekuatan
tulangnya dan mendapati keadaan tulangnya adalah memuaskan dengan beliau berada
dalam kategori risiko rendah.
SUSU TIDAK MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Duta jenama bagi Anlene, Datuk Michelle Yeoh juga hadir pada
majlis memperkenalkan susu Anlene baru ini yang dikatakan lebih berkesan dengan
susu ini membantu mengekalkan tulang yang kuat dalam tempoh 4 minggu sahaja.
Beliau menekankan yang susu ini adalah baik bagi kesihatan
dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan.
"Lihatlah saya, saya bukan gemuk. Sebenarnya saya
meminum susu sejak zaman kanak-kanak lagi. Pilihlah produk lemak rendah,"
kata bintang filem ini.
Anlene juga memperkenalkan iklan terbaru pada majlis itu,
yang menggambarkan seorang penari wanita yang melenturkan badannya ke belakang.
Beliau terdengar bunyi geresek tulang semasa melakukan
gerakan itu yang mengejutkan beliau dan pasangannya, beliau terus memutuskan
untuk mengambil susu yang disyorkan untuk memulihkan semula kekuatan tulangnya
dalam tempoh 4 minggu sahaja.
"Saya suka dengan iklan baru ini dan mesej yang
disampaikan adalah jelas sekali. Lelaki dan wanita perlu menjaga dengan baik
tulang mereka. Dan kebanyakan rakyat Malaysia buat masa ini hanya
mengambil 50 peratus daripada jumlah kalsium yang diperlukan setiap hari. Ini
tidak cukup untuk mengekalkan kekuatan tulang mereka," tambah Yeoh, yang
juga mencerita aksi-aksi 'stunt' beliau dalam filem terkininya dengan
penggambaran di Taiwan dan China .
"Kali ini 'stunt' saya lebih mencabar daripada yang
sebelumnya. Saya terpaksa lompat dari bumbung ke bumbung untuk melawan
penjahat. Perlu banyak gerakan lompat dan meregang badan," beliau
menjelaskan lagi.
Filem terbaru Yeoh "Rain of Swords" kini di
peringkat akhir penggambaran dan dijangka ditayangkan bagi tontonan umum pada
Oktober ini.
PERASA POPULAR DI MALAYSIA
Syarikat-syarikat pengeluar susu di negara ini memberi
perhatian serius kepada kumpulan sasaran mereka khasnya pada tabiat meminum
susu termasuk pilihan perasa berlainan, mengikut kumpulan umur mereka serta
faktor usia dan demografi.
Produk susu dan tenusu di bawah syarikat Fonterra menguasai
80 peratus daripada pasaran dalam industri mereka dan mereka melabur US$45 juta
bagi penyelidikan tulang.
Sebanyak US$14 juta dibelanjakan bagi pembangunan Anlene
yang menyebabkan ia diisytiharkan sebagai yang terbaik dalam kategori susu
kalsium tinggi.
Mckay, juga menambah kata, "kami berada di hadapan
daripada segi penyelidikan dan inovasi, untuk menghasil dan menyampaikan produk
tenusu terbaik bersama nutrisi terbaik bagi kesemua peringkat pengguna kami.
Kami juga mengambil kira citarasa pengguna tempatan dan mempertimbangkannya
bagi pembangunan projek di masa depan."
Produk-produk tenusu yang sihat termasuk dadih, keju dan
mentega.
Rakyat Malaysia
hendaklah terus meningkatkan kesedaran akan keperluan pengambilan kalsium
mandatori setiap hari.
-- BERNAMA


